( 3) Nabi Muhammad s.a.w. menyebarkan Islam di Makkah.
a ) Kerasulan Nabi Muhammad s.a.w.
1. Wahyu pertama – surah al – Alaq 1 – 5 yang memerintahkan umat Islam membaca. Islam menggalakkan umatnya membaca dan membuat kajian. Ilmu yang dituntut mestilah ilmu yang membina masyarakat.
2. Wahyu kedua – surah al – Muddasir ayat 1 – 7 yang mengisytiharkan nabi sebagai rasulullah dan wajib menyampaikan Islam kepada seluruh manusia.
b ) Cara penyebaran Islam di Makkah.
1. Pada mula secara rahsia selama 3 tahun – ditujukan pada ahli keluarga nabi, para sahabat, dan kaum kerabat.
2. Secara terbuka selama 10 tahun – cara terang – terangan selepas menerima perintah Allah.
3. Pengislaman secara rahsia – Khadijah bt Khuwailid ( isteri ), Ali b. Abu Talib ( 10 tahun – sepupu ), Abu Bakar al – Siddiq ( sahabat baginda yang kemudiannya mengislamkan Uthman b. Affan dan al – Arqam b. Abu Arqam yang menjadikan rumahnya pusat kegiatan Islam di Makkah ).
4. Pengislaman secara terbuka – kepada keluarga Abdul Muttalib, ceramah di rumah Ali bin Abu Talib tetapi ditolak kuat oleh Abu Lahab ( bapa saudara nabi ).
c) Penerimaan terhadap Islam peringkat awal.
1. Ahli keluarga menerima secara rahsia (jumlahnya kecil).
2. Hamba memeluk Islam kerana layanan yang sama oleh Islam seperti Bilal b. Rabah, keluarga Yassir.
3. Mereka diseksa – Bilal dijerut lehernya oleh tuannya, Yassir dan isterinya dijemur di padang pasir hingga mati syahid.
4. Nabi menyebarkan Islam secara berhikmah dan lemah – lembut, tiada paksaan untuk memeluk Islam.
d) Penentangan terhadap Islam peringkat awal.
1. Cara penentangan ialah dengan menggangu baginda ketika bersembahyang (meletakkan benda kotor di tengkuk nabi), mencemuh dan ingin membunuh nabi.
2. Faktor penentangan kerana perbezaan kepercayaan antara Islam (menyembah Allah) dan Quraisy (menyembah patung).
3. Islam ditentang kerana pertentangan sistem sosial seperti konsep persamaan taraf dan perbezaan darjat, konsep persaudaraan dan assabiah, amalan keji seperti mencuri dikeji Islam tetapi diterima Quraisy.
4. Quraisy menanggap menerima Islam bermakna tunduk kepada kepimpinan nabi maka kuasa politik akan terganggu.
5. Dari segi ekonomi penerimaan Islam akan mengugat perusahaan membuat patung.
6. Penentangan juga dilakukan melalui syair Quraisy.
7. Quraisy juga merasuah nabi dengan wanita cantik dan harta tetapi ditolak baginda.
8. Nabi sekeluarga juga pernah dipulaukan selama 3 tahun tetapi dilindungi oleh Abu Talib.
No comments:
Post a Comment