ERTI HIDUP PADA MEMBERI

Friday 14 December 2012

SUMBANGAN 4 KHALIFAH

a)  Khalifah Abu Bakar al –Siddiq.

1. Digelar al – Siddiq bermaksud yang membenarkan kerana beliau sentiasa yakin kebenaran kata – kata nabi.
2. Sifatnya ikhlas, jujur dan setia pada baginda.
3. Saidina Abu Bakar dicadangkan oleh Saidina Umar.
4. Beliau berjasa menghapuskan orang Islam yang murtad dan tidak mahu membayar zakat.
5. Mempertahankan Madinah daripada ancaman Parsi dan Rom Timur.
6. Membahagikan Tanah Arab kepada 10 wilayah antaranya Makkah, Taif, Yaman, dan melantik Amir mentadbirnya.
7. Memperkenalkan bayaran gaji tentera, undang – undang tanah, hak golongan mawali.
8. Memerintahkan Zaid b. Thabit mengumpulkan tulisan al – Quran pada batu, kayu, kulit binatang kerana ramai orang hafiz al – Quran syahid, salinan al – Quran ini disimpan oleh Saidina Umar, Hafsah, (isteri nabi ) dan Saidina Uthman.
9. Khalifah Abu Bakar digelar penyelamat umat Islam.


b)  Khalifah Umar al – Khattab.


1. Bersifat berani, tegas, berterus – terang.
2. Pelantikannya hasil cadangan Abu Bakar ketika sakit.
3. Dianggap zaman keemasan Kerajaan Islam Madinah.
4. Pembaharuan politik – Mengamalkan dasar pentadbiran dan melantik pegawai, menubuhkan majlis syura ( dianggotai wakil mujhirin dan Ansar ), membahagikan jajahan Islam kepada wilayah dan melantik wali ( gabenor).
5. Penubuhan jabatan – Jabatan tentera, polis, percukaian. Setiap jabatan diketuai oleh katib ( setiausaha).
6. Jabatan Kehakiman – dilantik hakim bergaji bulanan.
7. Sosial – pendidikan al – Quran di Masjid, menghantar guru agama ke wilayah ( Abu Sufyan ) dihantar ke Badwi).
8. Kalendar – tahun hijrah menjadi tahun pengiraan Islam.
9. Tentera – tentera tetap dan sukarela, bergaji, berpakaian seragam, markas tentera dibina seperti di Madinah, Kufah.
10. Terusan dan tali air – menambah hasil pertanian seperti Terusan Amirul Mukminin di Mesir.
11. Rakyat digalakkan meneroka tanah dan mengusahakan tanah terbiar.
12. Pengenalan cukai – cukai jizyah dikenakan kepada Zimmi (bukan Islam yang yang rela diperintah kerajaan Islam), cukai kharaj berdasarkan jenis tanaman dan kesuburan tanah seperti tanaman gandum, barli, anggur.
13. Baitulmal ditubuhkan untuk mengawal pendapatan negara.
14. Digelar Amirul Mukminin atau Panglima Agung Mukmin.


c)  Khalifah Uthman bin Affan.


1. Seorang hartawan yang dermawan, lemah lembut tolak ansur, bersimpati.
2. Digelar Zun Nurain (menpunyai 2 cahaya) kerana pernah mengahwini 2 orang puteri Rasulullah selepas salah seorang daripadanya meninggal dunia.
3. Dilantik daripada 6 cadangan calon, undi sama banyak diterima Uthman dan Ali. Tinjauan persetujuan orang ramai memilih Saidina Uthman menjadi khalifah.
4. Dari segi politik – meluaskan empayar seperti ke Cyprus, Afghanistan, Tripoli dan khalifah pertama membina angkatan tentera laut Islam.
5. Mengisyitiharkan naskah al-Quran Mushaf Uthmani.
6. Membina jambatan, jalan raya rumah rehat pengembara.
7. Baitulmal digunakan untuk mengukuhkan tentera laut Islam – membeli senjata dan kapal.
8. Jizyah dikekalkan – antara sumber pendapatan baitulmal.


d)  Khalifah Ali bin Abu Talib.


1. Seorang yang berani, pahlawan, berpengetahuan luas tentang perundangan Islam.
2. Dilantik hasil persetujuan sokongan suara terbanyak.
3. Banyak menyelesaikan masalah berhubung masyarakat dan perundangan Islam.
4. Menghentikan Perang Siffin bila musuh mengangkat al-Quran dan menjalankan rundingan.
5. Membina markas tentera di Parsi dan Syria.
6. Meneruskan cukai jizyah kepada Zimmi.

KONSEP KHILAFAH


a) Apakah maksud konsep khalifah.
1. Khalifah dalam bahasa Arab bererti penganti. Dalam konteks tersebut peganti Nabi Muhammad s.a.w. akan memerintah dan mentadbir kerajaan Islam.
2. Khalifah dalam kontek agama bermaksud tanggungjawab memelihara kemurnian Islam dan mengekalkan keharmonian serta kestabilan umat Islam.
b) Apakah syarat pemilihan khalifah.
1. Lelaki merdeka beragama Islam.
2. Memiliki pengetahuan tentang Islam.
3. Mematuhi perintah Allah dan melaksanakan hukum Allah.
4. Adil dan berakhlak baik.
5. Tubuh sihat, sempurna, cergas fikiran, warak.
6. Pandai mentadbir kerajaan Islam
.
c) Bagaimanakah cara pemilihan khalifah.
1. Pertama, musyawarah atau syura – perlantikan Saidina Abu Bakar atas cadangan Saidina Umar dipersetujui ramai.
2. Kedua, cadangan nama dari khalifah terdahulu sebelum wafat – Saidina Umar mencadangkan Saidina Abu Bakar sebelum wafat.
3. Ketiga, pemilihan dari beberapa calon – 6 orang nama diusulkan dan Saidina Uthman terpilih.
4. Keempat, pencalonan sekolompok masyarakat – Saidina Ali telah terpilih.
5. Keempat – empat cara ini tetap melalui musyawarah/syura.
6. Khalifah ini perlu mengangkat sumpahatau lafaz taat setia iaitu baiah semasa perlantikan menjadi khalifah.
7. Syura bermaksud permuafakatan.
d) Apakah tugas khalifah.
1. Memelihara keduduk agama Islam.
2. Mentadbir negara mengikut hukum syariah berpandukan al – Quran dan sunnah.
3. Menitik beratkan sistem politik, sosial dan ekonomi.
4. Mempertahankan negara dari ancaman musuh.
5. Melantik dan melucut pegawai pentadbiran negara.
6. Menjaga kebajikan rakyat agar bahagia dunia akhirat.
7. Meneruskan ajaran Allah yang disampaikan melalui Nabi Muhammad s.a.w.
8. Mengekalkan perpaduan ummah melalui musyawarah.
9. Menguruskan kewangan, perbendaraan, kharaj, jizyah, zakat

PERJANJIAN HUDAIBIYAH


a) Latar belakang berlakunya Perjanjian Hudaibiah.
1. Pada tahun 628 M, umat Islam berhasrat menziarahi Makkah tempat asal mujahirin dan mengerjakan umrah.
2. Mereka disekat oleh Arab Quraisy di Hudaibiyah keranaQuraisy merasa maruah mereka tercabar.
3. Pihak Islam menghantar utusannya iaitu Uthman Affan menerangkan tujuan sebenar mereka datang.
4. Tetapi Quraisy enggan menerimanya. Kemudiannya Quraisy bimbang, lalu menghantar Suhail b. Amru memeterai Perjanjian Hudaibiah.
5. Mulanya para sahabat tidak menerima perjanjian ini yang dianggap berat sebelah, tetapi menerimanya sebagai pengajaran yang besar.
b) Apakah kandungan Hudaibiah.
1. Genjatan senjata selama 10 tahun.
2. Kabilah Arab lain bebas memihak kepada pihak Islam Madinah atau Quraisy Makkah.
3. Orang Islam Madinah yang memihak ke Makkkah tanpa kebenaran penjaganya tidak perlu dipulangkan.
4. Orang Quraisy Makkah yang memihak ke Madinah tanpa kebenaran penjaganya akan dipulangkan.
5. Umat Islam boleh mengerjakan umrah tahun berikutnya.

c) Apakah kepentingan Perjanjian Hudaibiah.
1. Memberi umat Islam menunaikan haji.
2. Memberi kebebasan umat Islam ke Makkah dan menunaikan ibadat di Kaabah.
3. Tempoh pendamaian ini memberi peluang kepada dakwah Islamiah ke seluruh Tanah Arab tanpa gangguan Quraisy.
4. Perjanjian memberi gambaran Islam tersebar secara aman.
5. Perkara 3 dan 4 perjanjian Hudaibiah kelihatan menguntungkan Quraisy tetapi dalam masa panjang ia menguntungkan Islam buktinya pengislaman tokoh berpengaruh seperti Khalid al Walid, Amru al – As.
6. Perjanjian juga menunjukkan nabi pemimpin unggul, dikagumi dan berwawasan.
7. Perjanjian ini menunjukkan Arab Quraisy mengiktiraf kerajaan Islam di Madinah.
d) Bagaimana pencabulan Perjanjian Hudaibiah berlaku.
1. Perjanjian ini hanya bertahan selama 2 tahun kerana pihak Quraisy sengaja mencabulinya.
2. Quraisy memberi sokongan kepada Bani Bakar yang berperang dengan Bani Khuza’ah.
3. Bani Khuza’ah ini berpihak kepada Islam di Madinah,
4. Bermakna Quraisy melanggar perjanjian genjatan senjata.
5. Pihak Islam bertegas menghantar tentera ke Makkah.

MENGENAI RASULULLAH S.A.W

Kelahiran Nabi s.a.w

Nabi semasa kecil

Nabi selepas menjadi Rasul

Sifat Rasulullah S.A.W.


Video Perjuangan Rasulullah


Thursday 13 December 2012

PERIBADI " KEKASIH ALLAH "



 a) Kehidupan Nabi Muhammad s.a.w. sebelum menjadi rasul.
1. Nabi keturunan Qusai bin Kilab (pemimpin Arab Quraisy).
2. Keluarga nabi mengusai Makkah, Kaabah, telaga zamzam.
3. Bapa baginda ialah Abdullah bin Abdul Muttalib, ibunya ialah Aminah bt. Wahab.
4. Nabi dilahirkan pada tahun 570 M (Tahun Gajah) di rumah datuknya dan diberi nama Muhammad bermaksud terpuji.
5. Bapa nabi meninggal dunia ketika nabi dalam kandungan. Pada usia 6 tahun ibu nabi meninggal dunia dan nabi dipelihara oleh datuknya. Kemudian datuknya meninggal dunia lalu dipelihara pula oleh datuk saudaranya Abu Talib.
6. Mengembala kambing bapa saudaranya, berniaga di Syam ( usia 12 tahun ).
7. Kerasulan nabi telah diramal oleh pendeta Nasrani bernama Buhaira ketika rombongan perniagaannya singgah di Basrah.
8. Baginda menjalankan perniagaan Khadijah bt Khuwalid bersama – sama Maisarah ( hamba Khadijah ). Sifat terpuji baginda menyebabkan keuntungan berlipat kali ganda. Akhirnya nabi berkahwin dengan Khadijah.
b) Keperibadian Nabi Muhammad s.a.w.
1. Empat sifat terpuji nabi ialah benar, dipercayai, menyampaikan dan bijaksana.
2. Nabi digelar Al – Amin kerana dipercayai dan tidak pernah berbohong.
3. Sifat kepimpinan baginda dilihat ketika menyelesaikan persengketaan meletakkan batu Hajar Aswad.
4. Sifat pemaaf – contohnya mengampunkan kaum Quraisy ketika membuka semula Kota Makkah.
5. Sifat bijaksana – Perjanjian Hudaibiyah yang berat sebelah akhirnya menyebarkan agama Islam.

PIAGAM MADINAH


Piagam Madinah/Sahifah Madinah
. a) Latar belakang piagam Madinah.
1. Piagam ini dirangka oleh nabi berpandukan wahyu daripada Allah.
2. Ia mencatatkan tanggungjawab ketua negara dan rakyat.
3. Ia juga hasil persetujuan orang Islam dan bukan Islam.
4. 23 fasal tentang orang Islam dan tanggungjawabnya.
5. 24 fasal tentang tanggungjawab orang bukan Islam termasuk Yahudi terhadap negara Madinah.
6. Perlembagaan ini ialah perlembagaan bertulis pertama digubal di dunia.
b) Apakah kandungan Piagam Madinah.a
1. Politik – nabi ialah pemimpin semua penduduk Madinah, nabi juga ketua hakim berlandaskan musyawarah dan adil.
2. Agama – bebas memilih dan mengamal agama tanpa gangguan penganut lain, dan tiada paksaan memeluk Islam.
3. Sosial – masyarakat Madinah dianggap ummah, bersatu padu dan bekerjasama tanpa mengira bangsa.
4. Undang – undang Islam – dilaksanakan secara menyeluruh tetapi peraturan keluarga yang sesuai dengan Islam boleh diamalkan. Hukuman dikenakan adalah adil.
5. Ekonomi – riba dan penindasan dilarang, tiada diskriminasi.
6. Pertahanan – semua penduduk diwajibkan memepertahankan Madinah dari ancaman musuh.
7. Kedudukan orang Yahudi mempunyai hak yang sama, hak kebebasan, hak keselamatan, selagi mematuhi Piagam Madinah.
c) Apakah kepentingan Piagam Madinah.
1. Model pemerintahan berasaskan Islam – agama Islam boleh dilaksanakan dalam negara berbilang agama dan bangsa.
2. Kandungannya merangkumi peraturan dunia dan akhirat.
3. Dari segi ekonomi amalan riba, menipu tidak dibenarkan, sebaliknya sedekah, keadilan ekonomi digalakkan.
4. Nabi berjaya membentuk masyarakat berasaskan ummah, nilai yang ditanamkan ialah ukhuwah Islamiah.
5. Konsep keadilan sosial – Islam menekankan persamaan dan persaudaraan, tiada perbezaan taraf dalam masyarakat.
6. Nabi mempraktikkan amalan positif seperti perpaduan, rela berkorban, Bantu – membantu.
7. Syariah Islam yang adil sesuai diikutioleh semua masyarakat.
8. Nabi menyusun perlembagaan dahulu sebelum membentuk kerajaan.
9. Pemerintahan Islam meletakkan Allah kuasa tertinggi.
10. Orang Yahudi tidak boleh menindas kaum Arab.
11. Semua bangsa mesti mematuhi peraturan.
12. Semua penduduk harus mempertahankan negara Islam.




Wednesday 12 December 2012

''FATHUL MAKKAH''


a) Peristiwa pembukaan semula Kota Makkah.
1. Nabi membuka semula Kota Makkah selepas hampir lapan tahun tinggal di Madinah.
2. Pembukaan ini kesan daripada tindakanQuraisy melanggar perjanjian Hudaibiah.
3. Pembukaan ini ialah strategi jangka panjang nabi menyebarksn Islam kerana penguasaan Makkah akan memantapkan Islam.
4. Baginda dan tentera memasuki Makkah secara aman.
5. Tokoh Quraisy seperti ketuanya Abu Suffian dan Al – Abbas amat khuatir lalu memeluk Islam sebelum kedatangan tentera Islam.
6. Empat pasukan tentera seramai 10 ribu orang masuk ke Makkah diketuai Khalid al – Walid, Abu Ubaidah, Saad Ubadah, dan Zubair al – Awwan, dari arah utara, selatan, barat dan barat daya Makkah.
7. Taktik ini memudahkan Makkah dikepung dan dibuka.
b) Apakah kepentingan pembukaan Kota Makkah.
1. Pembukaan Makkah menybabkan Abu Suffian dan al – Abbas memeluk Islam diikuti Arab Quraisy yang lain.
2. Nabi memberi jaminan keselamatan kepada mereka yang terkepung di dalam Kota Makkah.
3. Setelah berjaya, nabi bertawaf mengelilingi Kaabah dan berpidato menyatakan pentingnya perpaduan antara pelbagai bangsa dan agama.
4. Nabi memaafkan pihak Quraisy dsn tidak berdendam.
5. Kaabah terpelihara daripada unsure jahiliah, berhala dihapuskan dan masyarakat Islam mendalami ilmu Islam.
6. Makkah menjadi Kota Suci umat Islam dan tempat beribadat seperti ibadat haji.
7. Walau bagaimanapun Madinah tetap menjadi pusat pemerintahan Islam, Makkah menjadi wilayah kerajaan Islam.
8. Selepas itu berlaku peristiwa haji terakhir Nabi Muhammad s.a.w., dalam khutbah haji terakhir itu nabi berpesan, “ pusaka yang nabi tinggalkan selepas wafat ialah al- Quran dan sunnah, umat Islam tidak akan sesat selagi tidak meninggalkan pusaka ini ”.
9. Nabi wafat pada 632 M bersamaan 11 Hijrah.

HIJRAH KE MADINAH




(1) Peristiwa penghijrahan ke Madinah. 


a) Kedudukan penduduk Madinah sebelum hijrah.
1. Madinah terletak di utara Makkah di tengah – tengah perjalanan jalan dagang antara      Makkah dan Syam.
2. Tiga golongan pendudukannya – Nasrani, Yahudi dan Arab.
3. Tiga golongan Yahudi – Bani Quraizah, Qunaiqa’, Nadhir.
4. Dua golongan Arab – suku Aus dan Khazraj.
5. Masalah politik dan ekonomi kerap berlaku antara mereka.
b) Perjanjian Aqabah 1 dan 2.
1. Ketika di Makkah beberapa orang suku Khazraj berjumpa nabi dan memeluk Islam, selepas kembali mereka menyebarkan Islam di Madinah.
2. Pada tahun berikutnya (621 M), suku Aus dan Khazraj menemui nabi lagi dan membuat perjanjian Aqabah 
3. Isi perjanjiannya – beriman kepada Allah dan Rasul. Berjanji membantu nabi. Tidak melakukan amalan jahiliah seperti mencuri, minum arak.
4. Selepas perjanjian ini nabi menghantar Mus’ab b. Umair ke Madinah menyebarkan Islam di sana.
5. Pada tahun 622 M, suku Aus dan Khazraj menandatangani Perjanjian Aqabah 2, isi kandungannya – suku Aus/Khazraj memeluk Islam dan mengaku taat setia kepada nabi. Mereka menjemput nabi dan orang Islam berhijrah ke Madinah. Mereka akan menyediakan tempat tinggal, keselamatan dan mempertahankan Islam.
c) Perjalanan hijrah nabi Muhammad.
1. Berlaku pada 1 Rabiulawal bersamaan 12 September 622M.
2. Ia berlaku secara senyap dan berperingkat – peringkat.
3. Nabi berhijrah selepas penghijrahan orang Islam lain.
4. Perjalanan hijrah Nabi ditemani oleh Abu Bakar selama 12 hari.
5. Umar al-Khattab berhijrah dengan terang – terangan, bersendirian dan dengan berani.

d) Konsep hijrah.
1. Perkataan arab bermaksud berpindah (perpindahan dari Makkah ke Madinah untuk mengukuhkan Islam).
2. Pengertian lebih luas – menegakkan kebenaran, meninggalkan keburukkan dan kejahatan, perubahan sikap, cara berfikir, dan tingkah laku.
3. Tafsiran orientalis barat, hijrah ialah pelarian. Ia disangkal oleh Islam kerana orang Islam dijemput oleh penduduk Madinah, ketibaan disambut rela penduduk Madinah, diberi tempat tinggal dan dijamin keselamatan, nabi diterima semua penduduk termasuk orang bukan Islam.
e) Bagaimana Nabi melepaskan diri dari Makkah ke Madinah.
1. Hijrah bermula apabila nabi melepasi kepungan Quraisy di rumah bagnda. Ali telah tidur di tempat tidur nabi dan menggunakan selimut nabi.
2. Kemudian nabi berjumpa Abu Bakar memeberitahu perintah Allah agar berhijrah. Mereka berdua bersembunyi di Gua Thur. Perjalanan seterusnya dipandu Abdullah b. Arqat.
f) Apakah sebab dan tujuan hijrah.
1. Perintah Allah melalui wahyu yang menyatakan niat orang Quraisy ingin membunuh nabi.
2. Allah memerintahkan nabi agar segera berhijrah ke Madinah.
3. Ancaman di Makkah menjejaskan penyebaran Islam, maka suasana aman di Madinah memudahkan penyebaran Islam.
4. Suku Auz dan Khazraj sering bertelagah dan ekonomi mereka dikuasai orang yahudi. Maka mereka memerlukan pemimpin seperti nabi untuk mendamaikan hidup mereka.
g) Apakah kepentingan hijrah.
1. Dakwah Islam dapat disebarkan secara aman dan terang.
2. Mempersaudarakan suku Arab Madinah (Aus dan Khazraj).
3. Mempersaudarakan orang Islam Madinah dan Makkah.
4. Orang Makkah yang berhijrah ke Madinah digelar Muhajirin dan orang Madinah digelar Ansar.
5. Menyatukan penduduk pelbagai suku, budaya dan agama di Madinah.
6. Nabi membina masjid al-Nabai – masjid menjadi temapt beribadat, belajar bertemu dan berbincang, di persekitaran masjid aktiviti harian dijalankan seperti jual beli.
7. Takwim hijrah sempena peristiwa hijrah digunakan bermula dari pemerintahan Khalifah Umar.
8. Nama Yathrib ditkar kepada Madinah al-Munawwarah bermaksud kota bercahaya.
9. Hijrah membawa sikap toleransi, tolong – menolong. contohnya orang Islam Makkah dibantu oleh orang Madinah.
10. Hijrah dibantu pengorbanan harta dan nyawa para sahabat seperti Abu Bakar, Ali dan Abdul Rahman Auf.
11. Wanita juga sanggup berkorban seperti Asma’ puteri Abu Bakar ke Gua Thur menghantar makanan dan berita.
12. Hijrah menunjukan ketabahan nabi meninggalkan kesenangan hidup dan tidak berputus asa.
13. Hijrah menunjukkan kebijaksanaan nabi yang tidak terus ke Madinah tetapi bersembunyi dahulu di Gua Thur.

Wednesday 5 December 2012

Sambungan KEMUNCULAN TAMADUN ISLAM DAN PERKEMBANGANNYA DI MAKKAH.


( 3) Nabi Muhammad s.a.w. menyebarkan Islam di Makkah. 
a ) Kerasulan Nabi Muhammad s.a.w.
1. Wahyu pertama – surah al – Alaq 1 – 5 yang memerintahkan umat Islam membaca. Islam menggalakkan umatnya membaca dan membuat kajian. Ilmu yang dituntut mestilah ilmu yang membina masyarakat.
2. Wahyu kedua – surah al – Muddasir ayat 1 – 7 yang mengisytiharkan nabi sebagai rasulullah dan wajib menyampaikan Islam kepada seluruh manusia.

b ) Cara penyebaran Islam di Makkah.
1. Pada mula secara rahsia selama 3 tahun – ditujukan pada ahli keluarga nabi, para sahabat, dan kaum kerabat.
2. Secara terbuka selama 10 tahun – cara terang – terangan selepas menerima perintah Allah.
3. Pengislaman secara rahsia – Khadijah bt Khuwailid ( isteri ), Ali b. Abu Talib ( 10 tahun – sepupu ), Abu Bakar al – Siddiq ( sahabat baginda yang kemudiannya mengislamkan Uthman b. Affan dan al – Arqam b. Abu Arqam yang menjadikan rumahnya pusat kegiatan Islam di Makkah ).
4. Pengislaman secara terbuka – kepada keluarga Abdul Muttalib, ceramah di rumah Ali bin Abu Talib tetapi ditolak kuat oleh Abu Lahab ( bapa saudara nabi ).
c) Penerimaan terhadap Islam peringkat awal.
1. Ahli keluarga menerima secara rahsia (jumlahnya kecil).
2. Hamba memeluk Islam kerana layanan yang sama oleh Islam seperti Bilal b. Rabah, keluarga Yassir.
3. Mereka diseksa – Bilal dijerut lehernya oleh tuannya, Yassir dan isterinya dijemur di padang pasir hingga mati syahid.
4. Nabi menyebarkan Islam secara berhikmah dan lemah – lembut, tiada paksaan untuk memeluk Islam.

d) Penentangan terhadap Islam peringkat awal.
1. Cara penentangan ialah dengan menggangu baginda ketika bersembahyang (meletakkan benda kotor di tengkuk nabi), mencemuh dan ingin membunuh nabi.
2. Faktor penentangan kerana perbezaan kepercayaan antara Islam (menyembah Allah) dan Quraisy (menyembah patung).
3. Islam ditentang kerana pertentangan sistem sosial seperti konsep persamaan taraf dan perbezaan darjat, konsep persaudaraan dan assabiah, amalan keji seperti mencuri dikeji Islam tetapi diterima Quraisy.
4. Quraisy menanggap menerima Islam bermakna tunduk kepada kepimpinan nabi maka kuasa politik akan terganggu.
5. Dari segi ekonomi penerimaan Islam akan mengugat perusahaan membuat patung.
6. Penentangan juga dilakukan melalui syair Quraisy.
7. Quraisy juga merasuah nabi dengan wanita cantik dan harta tetapi ditolak baginda.
8. Nabi sekeluarga juga pernah dipulaukan selama 3 tahun tetapi dilindungi oleh Abu Talib.






KEMUNCULAN TAMADUN ISLAM DAN PERKEMBANGANNYA DI MAKKAH.


( 1 ) Zaman Masyarakat Arab Jahiliah. 
a) Apakah pengertian Jahiliah?
1. Jahiliah daripada bahasa Arab iaitu jahala bermaksud jahil, tidak mengetahui atau tiada ilmu pengetahuan.
2. Masyarakat Arab Jahiliah ialah masyarakat yang hidup di Semenanjung Tanah Arab selepas runtuhnya empangan Maarib di Sabak hingga turunnya wahyu Allah s.w. kepada Nabi Muhammad s.a.w.
3. Mereka tidak menerima ajaran para nabi dan rasul sebelumnya seperti Nabi Ibrahim, Nabi Ismail, Nabi Musa, Nabi Isa.
4. Zaman ini dianggap zaman kegelapan kerana mereka tidak menyembah Allah Taala, mereka menyembah berhala dan menyembah anismisme.
5. Mereka juga tiada nabi, rasul dan kitab suci.
6. Akhlak mereka rendah – kejam, angkuh, degil.



( 2 )